Bidaan eksport Frigat kelas Iver Huitfeldt

Australia

Syarikat penerus bagi limbungan kapal asal, OMT, telah mencadangkan kelas Iver Huitfeld untuk program pembelian frigat Tentera Laut Diraja Australia, yang akan dibina di Australia dan diubahsuai untuk peperangan anti kapal selam.[11] (bersama-sama dengan Tentera Laut Diraja New Zealand kerana ia juga menggunakan frigat kelas-Anzac yang diubahsuai sama seperti unit yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja Australia).Bagaimanapun, OMT bukan antara tiga persaing yang disenarai pendek oleh Australia untuk program frigat SEA 5000 pada bulan April 2016.

Kanada

Frigat kelas Iver Huitfeldt merupakan pesaing dalam Projek Penempur Permukaan Kelas Tunggal Kanada.[2] Bagaimanapun, timbul kebimbangan akan proses keadilan dalam bidaan yang menyebabkan dua buah limbungan kapal Eropah, kemungkinan ThyssenKrupp Marine Systems dan Odense Maritime Technology dari Jerman, menolak untuk menghantar bidaan.[12]

United Kingdom

Pada akhir bulan Mei 2018, sebuah konsortium yang terdiri daripada Babcock International, BMT Group dan Thales Group telah mengumumkan rekabentuk "Arrowhead 140", berdasarkan bentuk kapal frigat kelas Iver Huitfeldt, untuk program frigat Type 31e Tentera Laut Diraja.[13] Satu pengumuman dibuat pada 12 September 2019 bahawa rekabentuk Arrowhead 140 telah terpilih sebagai pemenang dalam program frigat Type 31.[14][15][16]

Indonesia

Pada Mac 2019, satu versi kelas Iver Huitfeldt buatan Denmark muncul sebagai pesaing utama untuk membekalkan dua buah frigat kepada Tentera Laut Indonesia bernilai AS$720 juta berdasarkan kepada laporan oleh Jane's.[17] Tentera Laut Indonesia dijangka akan membeli dua buah frigat kelas-Iver Huitfeldt dengan satu rancangan belanjawan bernilai AS$ 720 juta sepertimana MEF Fasa 3 pada 2020–2024. Para pegawai Kementerian Pertahanan dan kerajaan Indonesia mengadakan beberapa mesyuarat berkenaan untuk membincangkan pembelian kapal-kapal ini. Menjelang 14 Mac 2019, mesyuarat awal diadakan antara Kementerian Pertahanan Indonesia dan Odense Maritime Technology berkenaan isu-isu teknikal dan potensi kerjasama. Denmark telah menawarkan satu skim "perpindahan teknologi" (ToT) kepada Indonesia, seperti binaan frigat modular yang direka oleh BUMN PT PAL.[17]

Pada Februari 2020, satu delegasi pertahanan dari Indonesia telah pergi ke Denmark, dan melawat Niels Juel. Berdasarkan pada media Indonesia, timbalan Menteri Pertahanan Indonesia Sakti Wahyu Trenggono berkata pada bulan Mac bahawa PT PAL dari Indonesia telah ditugaskan untuk membangunkan satu rekabentuk untuk dua buah kapal dalam masa lima tahun, dengan kos Rp1.1 trilion (atau ASD720 juta) dengan kerjasama Denmark, untuk Tentera Laut Indonesia.[18][19] Pada 30 April, para pewakilan daripada Kementerian Pertahanan Indonesia, limbungan kapal PT PAL dan PT Sinar Kokoh Persada, sebuah agen Indoensia bagi syarikat Odense Maritime Technology (OMT) dari Denmark, telah bersetuju untuk sebuah kontrak perolehan frigat Denmark. Antara perkara dalam kontrak termasuk aturan agihan kerja yang akan dilakukan selepas kontrak sebenar dimaterai.[20]

Rujukan

WikiPedia: Frigat kelas Iver Huitfeldt http://www.theaustralian.com.au/news/inquirer/navy... http://casr.ca/id-danish-naval-projects-frigate.ht... http://intercepts.defensenews.com/2014/11/sleek-mo... http://www.realcleardefense.com/articles/2013/11/1... http://warontherocks.com/2013/08/getting-our-money... http://forsvaret.dk/FMT/Materiel/Skibe/Fregatter/P... http://forsvaret.dk/SOK/Nyt%20og%20Presse/nybygnin... http://nozebra.ipapercms.dk/valcon/OMT1/IverHuitfe... http://www.navalhistory.dk/Danish/SoevaernsNyt/200... https://news.detik.com/berita/d-4937041/bicara-ind...